Sunday, December 13, 2009

1 Malaysia Sebuah Cinta dan Cita-Cita

Impian membangun negara bangsa
lantas terbinanya tembok gagasan
sebuah ikrar jadi bingkisan
penuh cinta dan cita-cita
lambang anjakan paradigma negarawan
genggaman erat tangan-tangan
membentuk manhaj penyatuan
terdengar seruan kesungguhan
milik barisan kepimpinan

"Rakyat didahulukan ,
Pencapaian diutamakan "

Gagasan 1 Malaysia
bukanlah sekadar fartamogana
sahutlah seruan itu wahai penghuni bumi bertuah
saf pemersatuan perpaduan ayuh kita rapatkan
jurang yang jauh beribu batu
jangan direlakan terus berliku
kita bukanlah seteru

Ayuh kita bersatu berpadu
di bawah langit yang satu
di atas tanah air yang satu
demi satu Malaysia yang satu...


Hometown , Klang Oktober 2009
Permodalan Nasional Berhad 1 Malaysia competition

No comments: