Sunday, December 13, 2009

Bukan Kerana

Menulis bukan kerana nama
tapi demi rasa
yang lahir dari hati
mengelus sanubari
menyentuh nurani

Menulis bukan kerana kepuasan
tapi tulus ikhlas
demi menjulang sebuah aprisiasi
memanifestasikan seuntai cetera
menyingkap rahsia duniawi

Rahsia kini bukan rahsia lagi
yang tersemat jauh dalam hati
bisa diekspresi
bait-bait indah dimanipulasi

Titik permulaan
nokhtah pengakhiran
sebuah coretan
alunan tinta
lembaran maknawi
karya indah
bernama puisi

Office , Jun 2008
untuk KAIXER.NET // magazine

No comments: