Sunday, December 13, 2009

Darah Seni

Sebuah cetera penghidupan
bukanlah pertaruhan
sebaliknya persoalan
kehidupan penuh dugaan
dihadapi dengan ketenangan
kematangan
kewarasan

Keterbatasan jiwa mengintai kebebasan
lakaran liku-liku perjalanan
lukisan sedasawarsa mahupun sezaman
belum bisa mengungkap rahsia sebuah perjuangan
yang tulus mengabadikan
luahan perasaan ,
idea dan anganan
menerusi sebuah penghasilan
yang tak terbayang dek fikiran
menongkah kewarasan daya pengimaginasian

Ilham menyapa lembut bak pawana berhembusan
darah seni mengalir sebati dalam jasad insan
lantas meniup semangat perjuangan
hanya mereka yang dikurnia keistimewaan
bisa merasakan dan mengekspresikan
apa yang terlinta menjadi pengkaryaan
segalanya diluahkan menerusi pencetusan bait-bait penulisan
rakaman-rakaman penceritaan
lukisan-lukisan keindahan
warna-warni perasaan
alunan-alunan kebebasan

Wahai prajurit seni arena perjuangan
cetuskan pengkaryaan
yang bisa menggigit perasaan
membikin sanubari menghembus keinsafan
mengetuk pintu kealpaan
merembas keringat penghargaan
melempar batas keegoan
membunuh anasir kekejaman
mengubat kesunyian hati nan rawan

Ilham hadir tanpa segan
bakat tidak harus dipersiakan
berjuanglah bermatian
kau tidak keseorangan
ada teman yang turut memperjuangkan
di kanan kiri ada yang mencatatkan
Yang Maha Esa memerhatikan
seluruh dunia menyaksikan !

Office , Jun 2008
for KAIXER // magazine

No comments: