Sunday, December 13, 2009

Rumah Kita

Setelah 5 dasawarsa penjajahan berlalu pergi ,
kita hidu haruman kemegahan bumi bertuah ini
tertebar wangian mega sakti
melimpah kejayaan di medan bakti.

Kita dongak ke langit biru
kita berpijak di bumi yang satu
segalanya hanya satu.

Ini watan kita negara kita
bumi kita rumah kita
tanah tumpahnya darah kita
yang seharusnya dibela
tanpa mengira bangsa mahupun agama
selagi begelar warga.

Maka kita tegakkan ikrar dan tepati janji
ayuh kita berpadu suara bersatu tenaga
agar kita tetap seia dan sekata
lantas kita khabarkan pada dunia
kitalah 1 Malaysia
dan di sinilah rumah kita



Hometown , Klang , Oktober 2009
Permodalan Nasional Berhad 1 Malaysia competition

No comments: