Tuesday, February 16, 2010

PERFECTIONIST : Perfect-kah kamu ??



"Pernah tak anda rase sukar nak mulakan assignment yang telah diberi sebab tunggu mood datang baru nak mula ? Atau anda takut nak buat sebab risau akan berlaku kesilapan or cacat-cela ? Anda selalu sangat tunggu masa yang sesuai untuk mulakan sebarang perkara ? Bukan bertangguh cuma anda akan sentiasa rase serba tak kena untuk mula ? Kalau berlaku kesilapan anda tak boleh terima ? Cepat dan mudah melenting ? Semua orang akan disembur ? Segala yang anda rancang dan jangka mesti terlaksana ? Kalau tak , anda akan mula salahkan diri sendiri dan cenderung cari kesilapan orang lain ?

segala-galanya harus SEMPURNA !"

Apakah masalah anda sebenarnya ?

Kenyataan di atas dikatakan merujuk kepada mereka yang digelarkan sebagai Perfectionist atau seseorang yang terlalu mementingakan kesempurnaan .

Ciri-ciri Perfectionist ? Jom check List .
  • Tahap sedar diri yang tinggi ,
  • Saaangat berhati-hati buat sebarang keputusan ,
  • Boleh dipercayai ,
  • Sanggup berkerja keras untuk sesuatu ,
  • Menepati masa ,
  • Kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya ,
  • Berdisiplin ,
  • Bercita-cita tinggi ,
  • Mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur .
Kedengaran seperti sangat hebat bukan ?
Seperti biasa , kita kena terima hakikat ,
tiada apa yang SEMPURNA . Kan ?

Eh , kenapa ? Salah ke jadi Perfectionist ni ?

Tak ade sesiapa kata salah . Cume adakalanya sifat sebegini boleh mendatangkan masalah kepada diri sendiri / orang lain melalui beberapa aspek .

>>>Mendatangkan masalah kepada diri sendiri , e.g : sifat MENANGGUH / PROCRASTINATION untuk laksanakan sesuatu perkara yang perlu dilangsaikan segera . Anda mungkin bakal menghadapi masalah untuk hasilkan yang terbaik dalam jangkamasa yang begitu terhad .

>>>Mewujudkan permasalahan dengan orang lain , bila mana , kalau orang lain tak mencapai tahap piawaian anda apabila lakukan sesuatu perkara , anda cenderung memperlekehkan mereka . Tindakan anda , boleh membuatkan orang lain berkecil hati .

Memang Sempurna atau Perasan Sempurna ? (;

Hehe . Kita harus mengenal pasti sifat diri kita secara holistiknya . Tangguh buat kerja atas sebab apa ? Nak kumpulkan maklumat semaksimum mungkin sebelum mulakan tugasan agar kerja yang dilakukan mencapai kehendak dan piawaian ? Atau anda bertangguh kerana tiada mood dan.... M-A-L-A-S . Anda Jawab . (:

Psstt.. Bekerja dengan Si Perfectionist ni.. Bagus juga ya ?

Saye sudah beberapa kali berpengalaman bekerja dan berdepan dengan mereka yang terkategori sebagai Si Perfectionist ini .

Tahap Piawaian / Aim / Target / Sasaran mereka selalunya TINGGI dan sentiasa TERBAIK .

Bila dalam keadaan sedikit tertekan ini , sebenarnya bagus jugak . Secara automatiknya kita sendiri akan meningkatkan tahap mutu kerja kita . Nak buat kesilapan pun takut . Nak submit kerja , menggigil je rasa . Dalam tak sedar sebenarnya , hasil / mutu kerja kita bertambah baik daripada sebelumnya . Kalau hasil kerja kita bagus , siapa yang dapat nama baik ? Dapat next job ? Kita jugak kan ? Thanks to En/Cik Perfectionist (;


Kini , kita tiba ke bahagian kemuncak
perbincangan mengenai Perfectionist ni !
Adakah anda turut terkategori sebagai MR/MISS PERFECTIONIST ?
Ayuh , jawab kuiz dibawah.. Mudah sahaja.. Selamat Menjawab ! (:



1 : Sikap sewaktu membeli baju ?
A. Window Shopping jap , teliti baju yang diinginkan sebaik mungkin, sama ada menepati cita rasa / tiada kecacatan , baru anda akan membelinya .
B. Cari baju cepat-cepat dan terus beli . Selesai ! Tak perlu bersusah payah / berpenat lelah !
C. Window Shopping sehingga penat, dekati baju sasaran , teliti bentuk, warna, jahitan, model , kualiti baju sebelum membelinya !

2. Anda di dalam kelas . Disuruh menulis karangan yang panjangnya kira-kira 300 patah perkataan . Masa yang diambil untuk siapkan perenggan pertama ialah ?
A. 10-15 minit
B. 5-7 minit
C. 20-30 minit

3. Salah seorang rakan study group anda terpaksa membantu kakaknya yang sibuk uruskan perkahwinan yang akan berlangsung dalam waktu terdekat sehingga tugasan berkumpulan yang diberikan padanya disiapkan ala kadar sahaja . Kamu :
A. Memarahi dia kerana kumpulan kamu menerima markah sedikit
B. Takpe . Yang penting dia dah selesaikan tugas dia .
C. Menegur dia supaya bijak membahagikan masa dengan lebih baik lagi .

4. Adakah kamu seorang yang suka menjaga penampilan si buah hati setiap kali kamu berdua berkunjung ke acara/ majlis tertentu ?
A. Eh , mestilah ! Kalau dia serabai , saya juga yang malu !
B. Kadang-kadang je .
C. Tak pernah langsung .

5. Sekiranya kamu terpilih menjadi ketua kelas , apa agaknya komen dari teman-temanmu ?
A. "Wah.. memang sesuai . Setujulah"
B. "La , macam mana nak berfoya-foya pasni"
C. "Alamak , dia ni ke ? Garang ler . Takot ! Tak best !"

6. Bagi kamu , kesalahan itu sesuatu yang :
A. Sekadar perkara biasa .
B. Lumrah alam , setiap manusia pasti akan melakukannya .
C. Taboo . Jangan sesekali melakukannya .

7. Kamu dijemput ke parti hari lahir seorang temanmu . Kamu mengambil masa kira-kira.. untuk bersiap .
A. 15-30 minit .
B. Anggaran sebelumnya .
C. Sehari sebelumnya. Kamu sibuk ke spa / salon !

8. Kamu bertungkus lumus untuk exam ulangan . Tapi markah yang diperolehi tetap sedikit . Kebetulan , teman kamu yang kelihatan seperti tidak berlajar pula mendapat keputusan cemerlang . Reaksi kamu ?
A. Emm tak apa . Yang penting tak gagal .
B. Lain kali belajar lebih efisien . Kalau boleh buat study group .
C. Rasa pelik ! Kamu yang kurang belajar atau temanmu menipu sewaktu exam !

9. Apa yang sering kamu lihat ketika bercermin .
A. Jerawat, hidung kurang mancung, bulu mata kurang lentik, bibir kering, dan lain-lain kekurang diri.. emm..
B. Ya lihat diri sendiri yang comel & cute !
C. Eh.. kenapa aku ni nampak sedih je ni ? Ayuh ceriakan diri !




*tambahkan jumlah markah yang berwarna merah [0 , 1 , 2]
bagi pilihan jawapan A , B , C yang dipilih
berdasarkan soalan 1 hingga 9 yang telah anda jawab .

contoh :
Kalau Soalan 1 ,
anda memilih jawapan A ,
maka markah anda ialah
1

Kalau Soalan 2 ,
anda memilih jawapan C ,
maka markah anda ialah
2

Ulang langkah yang sama sehingga soalan nombor 9 .
kemudian , tambahkan hasil semua markah yang anda perolehi itu .
Jumlah keseluruhan markah itu membawa tafsiran karakter anda .
Sila semak keputusan di bawah .



JUMLAH MARKAH ANDA :

0 - 5 : TAK KISAH !
"Ala , kacang je tu!" Ungkapan favourite yang selalu kamu ucapkan ketika berhadapan perkara yang tak disangka-sangka . Bagi kamu . hidup ni simple dan perlu dinikmati dengan sewajarnya . Memang betul tu.. tapi jangan la terlalu ambil mudah sesuatu masalah itu . Biar berpada-pada , agar kamu tidak dicop sebagai seorang yang ambil mudah semua perkara .

Tambah lagi masalah sekiranya orang yang istimewa dalam hidup kamu mula menganggap kamu tidak lagi mempedulikan mereka atas sebab sikap kamu yang sering tidak ambil pusing tu . Masalah masalah !

6 - 11 : CERIA BAK SANG SURIA :D
Kamu seorang yang fleksibel dan mampu menangani setiap masalah . Kamu bukanlah yang terlalu mengambil ringan sesuatu perkara dan bukan seorang yang terlalu menganggap masalah itu suatu beban yang cukup menyeksakan . 50-50 !

Bagi kamu , masalah perlu dinilai dan diteliti terlebih dulu serta dicari jalan penyelesaiannya . Cukup mudah bagi kamu memandang ke hadapan . Teruskan dengan sikap positif mu itu . Pastikan kamu sentiasa konsisten dan tidak ragu-ragu lagi , kamu mampu menjadi seorang pemimpin yang hebat dan bijaksana suatu hari nanti.. Teruskan yaa (:

12 - 18 : MR / MISS PERFECTO .
Wahwah.. kamu sememangnya seorang yang menggilai kesempurnaan dalam setiap detik hidup kamu ! Kamu selalu berusaha keras untuk mencapai yang terbaik dalam setiap apa yang kamu lakukan . Itu memang sikap terpuji - perlu dilakukan setiap individu . Namun begitu , kamu juga seorang yang mudah melenting dan naik angin sekiranya keinginan dan impian tidak kamu perolehi seperti yang dihajatkan . Family , teman-teman , bahkan buah hati menjadi mangsa luahan hatimu itu ! Kesian dorang kan ?

Jangan kerana kedegilan kamu , kamu kehilangan orang yang penting dan bermakna dalam hidup kamu . Mereka manusia biasa . Pasti terluka dengan sikap kamu yang sering melenting sesuka hati . Bukankah kesalahan itu perkara biasa dan semua orang pasti lakukannya ? Cuma bezanya , besar / kecil . Tak penat ke kejar kesempurnaan tu ? Cukup-cukuplah ye..

p.s :

Sebagai manusia biasa , kita harus terima hakikat ,
nobody is perfect .
Tapi , kepada mereka yang lekas putus asa tu ,
ingat satu benda je ,
walaupun tiada siapa yang sempurna ,
"kita masih boleh berusaha ke arah kesempurnaan tu kan ?"
Tapi , berpada-padalah dalam usaha anda itu (:

14 comments:

aishah said...

ika..

hehe..

thenxx ye..

nobody perfect..

me 2..

x salah cuba jd yg terbaik antara yg terbaik kan..

ecah dpt jwpn ceria bak sang suria uk kuiz tuh..

hehe..

blh ke ecah jd seorg pemimpin nt?

usaha tangga kejayaan (:

Zack said...

yeah dapat 11..ceria bak suria..=)

Nurika Jianie said...

hehe , yea , ika pun same .
selagi berdaya , tanpa putus asa ,
kite harus sentiasa berusaha utk jadi yg lebih baik.. kn kn..
ceria bak sang suria ? wah !
pemimpin ? jwpn tu ika rase ecah sendiri da taw..
kalo tak takan la org vote dye jadi Penderusi Kelab Pengguna kan.. ehhe
"usaha escalator kejayaan" hukhuk

Zool Blogger said...

Panjang sangat lah nak baca.. Saya tak perfect nak bacanya..
Salam singgah.

http://ligakampung.com

Nurika Jianie said...

Zack : woah !! ceria2 lah selalu :D

p.s : thnx sbb sudi singgah and follow.. ^^

Nurika Jianie said...

A. Zool : HEHE , its okeh . Ape pun , terima kasih yea (:

p.s : akan cube perbaiki kelemahan . next entry - sy kasi pendek sket . ehhe .

Lt. fDanialz said...

nice nurika..

mane awk dapat nih?

sy nk amek bleh?

Nurika Jianie said...

Danial ,really ? thank you yea .
Dapat ni after buat some research melalui buku2 , n etc .
Amek ? bleh2.. silakan..

p.s : link kan ke belog ini yea ? TQ :D

SyaffeQ said...

hurmmm..camne ea..kte boleh cuba utk mncapai sesuatu yg 'perfect'..namun harus berusaha di luar kemampuan orang lain..tips2 kamo dah cun tu..:) tahniah

Nurika Jianie said...

oh ya , betul tu.. sbb , utk jd "sempurna" , dlm erti kata lain , jd "lebih baik" dr org lain , memerlukan usaha , kesanggupan , kesungguhan dan pelaburan yg tinggi sbb...bknnyer mudahhh , sukar ( tp tak bererti mustahil )

p.s : terima kasih yea syaffeq (:

INDRA QIRANA said...

aduh jenuhnyerr..pendek kan citer, aku tak perfect...orang yang perasan perfect pun sebenarnyer tak perfect, pasal ramai yang tengok dia agak menjengilkan he he

Nurika Jianie said...

Indra Qirana :
Sy pun tak perfect juge.. Ye , sbnrnya , susah jugak kalo jd perfect ni ye tak . Mcm2 persepsi org ramai akn letak ke atas diri dia . huhu

wallahua'lam bissawab..

p.s : Kelemahan berblogging akan diperbaiki . InsyaAllah..

Miss Marquis said...

Heyya! Rajin entry panjang (:
Nurika, I dah follow blog u.
Best....

Nurika Jianie said...

Miss Marquis :
Heyyo ! entry panjang ? huhu
I dah follow blog u ugak !
Bestbest ! (: