Saturday, February 20, 2010

INDIA , Here I Come !

ANA dan IKA . 2 orang sahabat baik . Berkenalan 10 tahun lalu . Umur masing-masing pada ketika itu ialah 11 tahun . Ana ; Sakura Kinamoto , Ika ; Tomoyo Daidouji . Itu nama yang jadi pilihan mereka . Hasil pengaruh Anime Cardcaptor Sakura pada ketika itu (ingat lagi ke?)

Bila da besar nanti , Ana menyimpan azam untuk ke Jepun . Begitu juga Ika . Impian mereka ini , disimpan baik-baik jauh dalam dasar hati masing-masing .

Ana sedikit serius berbanding Ika . Ana akan menegur Ika sekiranya Ika main-main . Tapi , Ana juga tak boleh tahan daripada ketawa besar dengan lawak bodoh Ika .

Ika seorang yang very protective . Dan Ana pula seorang yang secretive .

Ana ada semangat fighter dalam diri dia - akan lawan balik sekiranya dibuli oleh budak-budak lelaki yang tettttt .

Sape yang akan suruh dia bertenang ? Ika jugak .

Dan Ika pula memang tak tahu takut cume dia malas nak lawan balik sekiranya dibuli . Budak lelaki yang tak puas hati akan sentiasa cari jalan untuk buat Ika melawan . Akhirnya , menangis , itu je jalan penyelesaian .

Sape pujuk ? Ana jugak .

Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan . Yang saling mengisi ruang kekosongan dalam diri masing-masing .

Mereka akhirnya terpisah .
Apabila mula melangkahkan kaki ke sekolah menengah .
Ana ke sekolah berasrama . Ika ke sekolah harian , sekolah perempuan , YEAH .

Mereka hanya berjumpa , apabila hari raya menjelma .

Selepas tamat SPM , Ika terima panggilan , Ana.. seperti biasa menyampaikan berita dan keputusan yang membanggakan , Ika sebagai kawan , tumpang gembira , senyum , dan sentiasa mendoakan kejayaan buat seorang teman yang tak pernah sesekali di lupakan .

Hari ini , Ana datang menemui Ika . Berborak panjang setelah tidak lama bersua . Ana.. bakal meninggalkan Malaysia.. ke India.. melanjutkan pelajaran.. Ijazah Kedoktoran di sana..

"Ana pernah bagitau Ika ke selama ni Ana nak jadi Doktor ?"
"Yup . Ada"
"Bukan Bomba ke?" Serentak mereka ketawa .

Ika.. seperti biasa , gembira dan bangga bagi pihak temannya.. Kemudian , apa yang mampu dia khabarkan pada Ana ialah , "Khamis ni.. baru keluar result.. Emm.. " dalam senyuman , nada kerisauan itu tetap bisa kedengaran . "Ana percaya , Ika mesti boleh punye la.. , InsyaAllah.."

Sempat Ika kerling ke langit malam . Ada bulan . Indah sungguh malam ni . Kehadiran Ana umpama sebuah hadiah . Ika sememangnya memerlukan kekuatan sejak dia kehilangannya beberapa hari lalu . Terima Kasih dan syukur yang tak terhingga atas kurniaNYA yang cukup indah ini . Setiap bait kata Ana , mendamaikan jiwanya .

"Jadi macam mana impian Ana nak terbang ke Jepun tu?"
"Oh , kena lupakan jela nampaknya.."
"Takpe , masih boleh ke sana.. untuk.. bulan madu"
Serentak mereka ketawa lagi..

"Ana , ketahuilah dikau , Ika sentiasa mendoakan kejayaan , kesejahteraan , kebahagian dan keselamatan Ana . Ana perlu tahu , betapa kerdilnya Ika rasa berdiri di hadapan Ana hari ini . Ika tak punya apa-apa Ana , takde apa.." bisik Ika dalam hati..

Apa yang terbuku dalam hati tu , dengan tenang terlafaz di bibir Ika.. " Ana.. Ika je yang masih terkandas kat sini.." Masih dengan senyuman terukir di bibir . " Eh , Ika.. rase nak terkeluar isi perut ni hah , ayam yang Ana makan tadi . Tolonglah , ni macam bukan Ika yang Ana kenal okeh . Ana percaya , Ika mesti dapat result yang baik nanti.. InsyaAllah , Ika pun boleh berjaya jugak.. Jangan la risau sangat . "

Sebelum Ana pulang , pesanan tanpa henti keluar dari mulut Ika . Ketika bersalaman , Ika bermonolog lagi "Kita akan terpisah lagi Ana . Kali ni , bukan jarak je yang memisahkan kita , malah masa juga . Mungkin ini kali terakhir Ika bersama dengan Ana , sebelum Ana bergelar.. Dr. Siti Hasnah Roslan . Ika pulak ? Wallua'lam Bissawab.. "

p.s : menaip dengan juraian air mata .
SEMOGA BERJAYA SAHABATKU , ANA .

8 comments:

KaSoT PuTeH said...

stiap hambaNya telah ditetapkn jln msg2. kite tdk tahu berjyekah atau sblknye. hnye doa dan restu ibu bapa pnntu sglenye slagi mane kite tgglkn lrgnNye dan mengerjakan sgle suruhaNya..
mgkn anda akn lbh berjye tnpe terbang merentasi awn. siape thu.

eh, hahaha..ckup la kot. berlakon tu afif. ok2. nuratikah bt jianie psni akn berjye dlm hdup di dunia dan akhirat. (^_^)

p/s: smpt bce blog org sblm pulang. :)
p/s: btol ke full nme u tu eayh? hahaha..

Johari sulaiman said...

best g jalan2

Chaer_ChA-X said...

sad2...
2 la nilai persahatan sejati

Nurika Jianie said...

KaSoT PuTeH :
betul jugak kata u tu , i tak dpt nafikan . skrg ni , i sdg menunggu masa je , apa pula ketentuan utk i . dgn penuh sabar i menanti .

time kasih sbb sudi bace yea .
p.s : full nae tu betul tapi kurang tepat . ahah :D

Nurika Jianie said...

psstt , typing error :
p.s : full NAME tu betul tapi kurang tepat . ahah :D
adehhhh XD

Nurika Jianie said...

Johari Sulaiman :
Bkn jenjln , tp my fren uh g smbung stdy kt sne (:

Nurika Jianie said...

Chaer :
emm , yea.. same2 la kite menghargai erti persahabatan yg sebenar yea .
psstt.. jumpe kengkawan lame ni , tetibe bleh buat kite rase mude . ahah :D

Chaer_ChA-X said...

eh2...b4 that trsa ke diri 2 tua..hik3
u look so young la