Friday, February 5, 2010

UPU ? MEdSI ? MunsyI ?

STPM School Leavers , pasti ada yang tertanya-tanya . Apa itu MEdSI ? MunsyI? Ape benda tu ? Pasti ada yang sudah sedia maklum . Bagi yang masih ragu-ragu dan perlukan jawapan bagi keraguan anda itu , ayuh , let's check it out !


PERMOHONAN KEMASUKAN IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF
BAGI SESI AKADEMIK 2010/2011




Sudahkah anda mendaftar ? Jika belum , anda boleh klik sahaja pada gambar Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di atas atau anda boleh terus melayari laman web upu.mohe.gov.my .

Semoga berjaya yea kawan-kawan semua !





MEdSI

Baiklah , semasa anda dalam proses pendaftaran UPU ,
anda pasti akan tiba ke section yang berkaitan dengan ujian MEdSI .
Berikut adalah info dan penerangan mengenai Ujian MEdSI ini .

MEdSI : PANDUAN UJIAN

  1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 15 April 2010.

  2. Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 24 April 2010.

  3. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

  4. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

  5. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

  6. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

  7. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

  8. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.

  9. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

  10. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).



Seterusnya , anda bakal melalui fasa Temu Duga .
Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Temu Duga .

TEMU DUGA

Semakan panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) boleh dibuat mulai 14.04.2010 melalui kaedah berikut:-

  • Laman Web
    >> UPNM
    >> UiTM
    >> UIAM
    >> UKM
    >> UPM
    >> UUM
    >> UTM
    >> UMS
    >> UM
Temu Duga akan dijalankan pada 16-28 April 2010


Semakan panggilan Temu Duga ( Pendidikan) boleh dibuat mulai 11.05.2010 melalui kaedah berikut:-

  • SMS (Short Messaging Services)
    My SMS - 15888

Temu Duga akan dijalankan pada 18-24 Mei 2010

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN
PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM),
SIDANG AKADEMIK 2010/2011,
BAGI KATEGORI STPM/ SETARAF


Walaubagaimanapun ,
sekiranya anda ingin mendaftar masuk ke USM ,
anda perlu mendaftar melalui laman web USM
dan bukannya melalui UPU .

Klik gambar pohon@usm di atas
untuk pendaftaran / maklumat lanjut


Calon-calon lepasan STPM tahun 2009 yang berkelayakan adalah dipelawa memohon secara terus dalam talian (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (USM Apex) bagi Sidang Akademik 2010/2011.

Calon-calon lepasan STPM boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar terlebih dahulu (secara percuma) untuk mendapatkan Nombor Rujukan dan seterusnya LOGIN untuk mengemukakan permohonan secara online melalui pohon@usm. [DAFTAR SEKARANG] Calon-calon wajib menyimpan Nombor Rujukan masing-masing untuk rujukan. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak Nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah secara percuma. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua [2] program pengajian dan maksima sehingga lapan [8] program pengajian.

Bagi program pengajian pendidikan di USM, calon-calon masih perlu memohon melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi dengan melayari laman web http://www.mohe.gov.my.

*sumber - https://pohon.usm.my/



MunsyI

USM Apex menawarkan sebanyak 65 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory ( MunsyI ) yang akan diadakan di pusat-pusat ujian terpilih di seluruh Malaysia seperti yang terdapat di dalam sistem permohonan (pohon@usm).


MunsyI : PENGENALAN

Amalan sedia ada pemilihan calon pelajar untuk kemasukan ke program pengajian di IPT adalah berdasarkan pencapaian akademik, kokurikulum dan program pilihan pelajar. Walaupun pencapaian akademik dan kokurikulum memenuhi syarat kemasukan tetapi program yang dipilih pelajar berkemungkinan tidak tepat dengan personaliti, minat, nilai, dan potensi sebenar pelajar berkenaan. Ini boleh membawa kepada pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran, kekecewaan, pertukaran program dan penarikan diri daripada pengajian. Ianya merupakan pembaziran modal insan yang berpotensi dan merugikan universiti yang telah banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk melatih pelajar ini.

(Baca selanjutnya... sila Klik Sini)


MusnyI : TUJUAN

Instrumen MunsyI dibangunkan untuk memperoleh maklumat berkaitan kualiti intrinsik calon meliputi Minat Kerjaya, Personaliti, Nilai Integriti, Kecerdasan Emosi dan Patriotisme sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada calon. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi kemasukan ke pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh universiti di Malaysia. Secara khususnya, justifikasi penggunaan instrumen MunsyI adalah seperti berikut:

  1. Membantu calon pelajar memilih program yang paling sesuai dengan dirinya.
  2. Membantu universiti mendapatkan calon pelajar yang paling sesuai berdasarkan konsep “individu yang betul untuk program yang betul”. Instrumen ini berupaya membezakan calon pelajar yang berpotensi untuk berjaya dalam bidang yang diikutinya.
  3. Pemilihan calon pelajar tidak tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi mengambil kira aspek minat kerjaya, personaliti, nilai integriti, kecerdasan emosi dan patriotisme sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  4. Membantu mengurangkan masalah dalaman yang timbul di universiti hasil daripada konflik pemilihan program yang berbangkit semasa pengajian seperti bertukar program, prestasi yang rendah, keciciran dan kecelaruan emosi.
  5. Antara kriteria ranking universiti adalah berdasarkan jumlah pelajar yang memperoleh ijazah dalam masa yang ditetapkan dan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat. Keselarasan pelajar dengan bidang pengajian mengguna MunsyI membantu merealisasikan hasrat universiti memperoleh ranking yang terbaik.
  6. Instrumen MunsyI ini seiring dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang sedang dalam proses pelaksanaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

MusnyI : SEMAKAN

  1. Calon boleh membuat semakan tempat Ujian MUnsyI pada awal bulan April 2010.
  2. Calon dikehendaki LOGIN untuk mencetak slip kehadiran menduduki Ujian MUnsyI. Login menggunakan Nombor Rujukan dan Kata Laluan yang sama semasa proses permohonan dilakukan.
  3. Slip kehadiran mesti dibawa bersama semasa ujian untuk pendaftaran diri.

untuk semakan
PUSAT UJIAN MunsyI APRIL 2010

KLIK SINI



Sesungguhnya , saya amat berharap agar maklumat di atas dapat membantu anda sekalian . Bagi sesiapa yang ingin berkongsi sebarang maklumat , anda dialu-alukan untuk berbuat demikian dan berkongsi di sini . Begitu juga sekiranya terdapat sebarang soalan yang ingin diajukan , anda boleh terus tanyakan sahaja pada saya . Nantikan entry yang seterusnya iaitu , TARIKH-TARIKH PENTING yang perlu kita sama-sama ketahui .

Sekian , Terima Kasih .

4 comments:

Chaer_ChA-X said...

dah apply mna? dah

Nurika Jianie . said...

UM , UPM , UKM , UMS , tak lame agy apply USM lak . Chaer.. risau je kalo tak dpt.. huuuu

Anonymous said...

ujian munsyi berbentuk lisan atau objektif?

Nurika Jianie said...

Anonymous | medsi dan munsyi barangkali punyai sedikit persamaan . dalam jangkamasa 1 jam , mungkin akan dilakukan ujian objektif . ujian lisan boleh juga disebut sbagai "temuduga" . di laman pohon@usm tidak pula dikaitkan munsyi dgn ujian lisan . wallahualam bissawab .