Wednesday, March 3, 2010

Hari Pertama Mengajar di Sekolah Lelaki...

Selepas terima panggilan pagi tadi , saya bergegas mendapatkan baju kurung bertuah saya (erk, huhuh) dan bersiap-siap . Pada awalnya , saya datang ke pejabat pengetua sekolah tersebut untuk tujuan ditemuduga sahaja . Tuptup , hari ni jugak kena mula bekerja .

FuhhFuhh . Berkilo-kilo perasaan nervous , teruja , semangat , risau , susah hati , gumbira , dan macam-macam lagi laa feeling bergaul sebati . Bukan was-was pada kemampuan diri , cume.. apa yang saya tahu , bukan mudah nak mengajar di sekolah lelaki ni . Terkenang-kenang cerita cikgu-cikgu saya sebelum ni . Cabarannya memang besar .

Banyak cikgu-cikgu kat sekolah tu yang kasi tunjuk ajar tadi . Pastu dapat sokongan guru-guru sekolah saya . Dan yang penting , restu ibu bapa..

Oh ya , saya mendapat tanggungjawab sebagai guru kelas . Maka , banyak tugasan yang perlu saya laksanakan .

Hah , misi hari ni - cuba hafal nama pelajar . Berjaya ! Tapi suku kelas je la . Huh . Nama budak-budak yang nakal kebanyakkannya saya hafal ! :D

The most important thing is , kerja macam ni , bukan sekadar fikir nak perolehi Ringgit Malaysia semata-mata . Tapi , pengalaman kerja macam ni takkan saya persiakan , akan saya timba ilmu sebanyaknya , akan saya pelajari cara-cara nak menjadi seorang pendidik , dan banyak lagi..

Ini jugak merupakan landasan untuk saya memikirkan sebaik-baiknya , jalan yang saya bakal pilih selepas ini.. Kursus apakah yang bakal menjadi pilihan hati..

Semoga saya menemukann jawapan yang saya cari , dan semoga saya diperolehi kekuatan , ketabahan dan kesungguhan untuk menjalankan tanggungjawab yang mencabar ini .




Rase macam comel je bila budak-budak tadi cakap , "Nak panggil cikgu , Cikgu Ika boleh ? "Saya senyum aje . "Ehem , nope , Cikgu Atiqa okay" (:

Cikgu dah kahwin ke ? Cikgu Umur berapa ? Cikgu ajar kelas kite ke ? bestnyerr ! Soalan macam pelikpelik je sume . Bukan ke dorang patut tanya , Cikgu , 1567 times by 124 is equal to what ? Cikgu , apa maksud bapak borek anak rintik ? Cikgu , why does the weather getting hotter ? Haih , budak-budak..

p.s : Message Sent - Bukan mudah jadi seorang guru ni ye cikgu ,
Besar cabarannya .
Kalau dulu hormat saya pada guru-guru sebanyak 100%
hari ni rasa hormat tu dah jadi lebih dari angka tu cikgu...

4 comments:

•✿•fitri ain•✿• said...

cekgu ika.erk.comel lah pggl ckgu ika..hee~
thx ye follow blog sy cekgu,,nk follow cgu jgk..

peace!
(^.^)^

Chaer_ChA-X said...

cikgu2..nma saya cikgu hafal x?
hari2 cikgu main bola...hari2 cikgu tido...
hhehehehee

Nurika Jianie said...

hee , thnx yea ain (:

Nurika Jianie said...

chaer , rase2 cm hafal je.. rase2nyer la.. hee :P