Tuesday, March 16, 2010

NEED HELP : Ada Sesiapa tahu BILA/BAGAIMANA nak apply JPA/MARA scholarship bagi lepasan STPM 2009 ??

Assalamualaikum , Salam Sejahtera . Blogger-Blogger se-Malaya yang budiman sekalian , merujuk kepada tajuk entry kali ini , yang kedengaran seperti agak keterdesakan , ya , barangkali , apatah lagi setelah menerima tikaman secara bertubi-tubi berbentuk soalan yang amat tajam seperti , "HOI , Ko tau tak cemane nak apply JPA / MARA untuk kite-kite yang baru pas STPM ni hah , camne nak mohon wat Ijazah Luar Negara ? Ko tau ??" Dan jawapan dari saya hanyalah diam membisu seribu bahasa . Tetiba lak takde suara yang berupaya terlontar dari peti suara saya . Segan agaknya kot .

Sebab.. saya sangatlah kurang arif dalam bab-bab ni . Takde orang yang arif untuk saya rujuk padanya bagi menyelesaikan kekusutan saye ini .

Ok , saya tau , kalau nak apply kita hanya perlu pergi ke laman sesawang JPA atau MARA . Ya , saya dah berbuat demikian . Bagi permohonan biasiswa JPA , saya sudah selamat melewati laman sesawang eSILA.gov .

Apa yang berlaku pada saat dan ketika itu ialah , saya hanya menjumpai pengumuman ini ,
Permohonan Tajaan JPA Dan MARA Untuk Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2009
Di Bawah Program Ijazah Luar Negara 2010.


(Permohonan ini dibuka mulai 11 Mac 2010 sehingga 17 Mac 2010)

Bagaimana pula bagi kami para lepasan STPM ? Adakah ini satu bentuk diskriminasi ? Ouhh Tidaksss . HOHO . So , kepada sesiapa yang tau mengenai perkara ni dan dapat menjawab persoalan bagi tajuk entri kali ni , diharap agar anda dapat berbuat demikian A.S.A.P . Tolonggggg yeaaaa ! Sob3
T__________T

~ STPM dalam kenangan ~

p.s : segala butir bicara anda
yang membawa konotasi bantuan ,
saya dahului dengan ucapan TERIMA KASIH !
Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda .
Anda juga bakal membantu rakan se-STPM lain
yang perlukan INFO tentang perkara ini .
TQ TQ !

2 comments:

cyberboy said...

awak ni comellah(tak tau nak comment)muahmuahkahkah,gurau bersahaja

Nurika Jianie said...

erk . hoho :DDD