Saturday, April 17, 2010

Abdillah Murad Md. Shari dalam memori...



"Tiada ku sangka , bola-bola api , yang sedulunya kecil , telah menjadi besar..."



Begitulah bait kata lagu yang pernah menjadi siulan ramai , Paling Comel , dendangan Abdillah Murad atau lebih popular dikenali sebagai Achik Spin bersama Siti Nordiana.



Tidak ada juga yang bisa menyangka bahawa kemalangan yang telah meragut nyawa Allahyarham Achik Spin , 28 , terkait dengan hangat bakaran api itu sendiri , sehangat lagunya itu satu ketika dulu .



Kejadian dikatakan berlaku pukul 6.15 petang semalam melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki Achik terbabas kenderaan tersebut dikatakan terbakar dan meletup. Achik yang tercampak keluar daripada kenderaannya itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Allahyarham ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban 2.



Masih segar lagi berita pemergian Allahyarham Din Beramboi dan Allahyarhamah Yanie . Kini , negara dikejutkan pula dengan pemergian Allahyarham Achik Spin , seorang lagi anak seni yang masih muda dan dirasakan perjalanannya masih panjang lagi dalam arena ini...



pelangihidupnurika.blogspot.com

Video kemalangan Achik Spin Klik Sini...




pelangihidupnurika.blogspot.com







Al-Fatihah...


6 comments:

Chaer_ChA-X said...

al fatihah..untuk beliau

fateen said...

Innalilah .:(

Kepala Bergetar said...

takziah, al fatihah..

klu tak silap, siri Jgn Tidur Lagi utk mggu depan ada Allahhyarham dgn Siti Nordiana jadi artis undangan.

aduh sedihnya tgk siri tu nanti, lebih2 lagi kenalan rapat Allahyarham, kan.

Nurika Jianie said...

Al-Fatihah...
KP , ya , betul tu..
kesedihan yang tak tergambar..

NK said...

Takziah..

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman...

Nurika Jianie said...

moga2..

amin ya rab..