Monday, April 12, 2010

PERHATIAN : TARIKH-TARIKH PENTING bagi LEPASAN STPM/SETARAF Sesi Akademik 2010/2011 *updated*

Iklan Permohonan Aplikasi Dalam Talian
Permohonan Kemasukan ke IPTA
31 JANUARI 2010

Permohonan Aplikasi Dalam Talian
Permohonan Kemasukan ke IPTA

2 FEBRUARI 2010 - 30 MAC 2010

Semakan Ujian MEdSI di Laman Web MPM
(KLIK SINI)

15 APRIL 2010

Ujian MEdSI Seluruh Negara
24 APRIL 2010

Semak Temu Duga di Laman Web JPT
(KLIK SINI)

11 MEI 2010

Temu Duga Seluruh Negara
18 MEI 2010 - 24 MEI 2010

Semakan Jaya di Laman Web MOHE
(KLIK SINI)

19 JUN 2010

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru ke IPTA
3 JULAI 2010 - 4 JULAI 2010


*Tertakluk kepada pindaan .
Saya akan kemaskini dari masa ke semasa
sekiranya terdapat maklumat terkini .




*********************************************



Ok mari I cerita sikit pasal ni . I baru je terima panggilan from my besties yang dah susah hati pasal MEdSI ni haa . Ok , bawak bertenang semua . Khamis ni kita semak keputusan sama ada kita ditawarkan untuk duduki ujian MEdSI ni atau tidak . Segala keputusan yang bakal diterima kelak harus kita terima dengan hati yang terbuka . Ok semua ?



Bila I baca je status-status di Facebook rakan-rakan seperjuangan , risau pon ade . Kepada sesiapa yang memang nak sangatttt buat Ujian MEdSI ni sama-sama la kita berdoa yea ?



Ok makluman tambahan . Bukan saje Ujian MEdSI bakal dijalankan pada tarikh 24 APRIL 2010 nanti . MUET dan MunSyI juga akan dijalankan pada tarikh berkenaan .



Tapi I ade sedikit event extra on that day lah . Bukan takat Ujian tu je , tapi pada tarikh tu la Sekolah yang I ajar tu ada Sukan Tahunan pastu Pertandingan Pidato student yang I latih tu berlangsung pada hari tersebut jugak . Tensi kan ? Rase nak kerat-kerat je body I supaya I boleh pegi ke semua tempat dalam masa yang sama ! HUH !



Ok , chill Nurika . Focus on your MEdSI 1st . Itu yang bakal menentukan masa depan anda .



Pssttt... kepada yang tergaru-garu kepala sebab tak bape paham apa itu MEdSI , MunSyI , meh KLIK SINI :D


Semoga sukses semua !
I HARAP ENTRY NI DAPAT MEMBANTU ANDA
SEDIKIT SEBANYAK YEA .



p.s : Kawan-kawan ,
jumpa kat SMK Tengku Ampuan Rahimah yer nanti ?
(:

6 comments:

Kepala Bergetar said...

oo.. (baca brapa post baru faham ;)
all the best sis..
moga dimudahkan semua, terutama utk MEdSI..

pst.. tak yah 'kerat' badan, boleh guna 3G hehe.. klu susah jgk, hantar wakil, ramai kwn blogger ni bleh ganti hehe

bellar0ssa said...

huhu gudluck ye adik~

HEMY said...

aku tau muet je...munsyi n medsi tu apa?

Nurika Jianie said...

Kepala Bergetar | Dah faham yer , great ! Risau jugak ramai yg kurang jelas . Sebab tu sempat letak link entry yg terangkan ape maksud benda tu haa :D

Kalau camtu nak suh KP pi ganti lah :P ngeee~

Nurika Jianie said...

sis bellar0ssa | time kasih akak chun ! <3

Nurika Jianie said...

HEMY | haaa meh meh bace ni ;

#
Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

#
Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

# Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

ok got it ? :D