Monday, August 2, 2010

Berkira-kira dan mencari-cari arah ke mana yang harus dituju hari ini.




Tamat sahaja kelas Prof. S.S bergegas aku ke hadapan kelas mengumumkan apa-apa yang perlu . Selesai tugasanku . Ah lega-lega . Dengan berlapang dada , aku lewati satu demi satu bangunan . Seorang . Ya seorang diri lagi . Rakan-rakan sekuliah dan sekolej kediaman pulang sudah . Hanya aku yang masih tertinggal dan berkeliaran di sekitar fakulti pendidikan . Mudah sahaja aku kepikiran . Entah ke mana-mana melayangnya aku dalam khayalan .



Duduk-duduk sebentar di cafe memerhatikan sekeliling , ada cakap-cakap , ada tawa-tawa , aku jadi sepertinya turut serta dalam perbualan di persekitaran . Rancak cerita mereka . Rancak juga minda aku berputar-putar . Bingkas aku bangun apabila teringatkan notis yang telah aku tatapi dan renungi sejak awal lagi aku memulakan sesi kuliah di fakulti ini . Perpustakaan Fakulti Pendidikan ! Dah tamat rasanya kerja-kerja penyelenggaraan . Ah ya , ada baiknya aku habiskan masa di sana !






"Penyelenggaraan Perpustakaan Fakulti Pendidikan .
Perpustakaan ditutup sehingga 31 Julai 2010 . "



Sebaik sahaja aku melangkahkan kaki di sana , bertanyakan sebaris dua soalan , tersenyum tanda terima kasih atas jawapan yang diberikan , menggelengkan kepala saat melangkah keluar dari perpusatakaan . Masih belum selesai lagi penyelenggaraan . Ah , kaki ini terus melangkah tanpa hala tujuan..



Tak terdaya kepikiran terus . Lantas terus aku menuju ke Perpustakaan Utama , ya tempat aku mendapatkan jawapan bagi tiap persoalan yang mengganggu benak pemikiran dan sekali lagi , di sini aku temukan jawapan bagi sebuah pencarian hala tujuan yang tak berpangkal dan tak berpenghujungan . Ah tidak , ia sudah berpenghujungan .






"Mereka" sedang menanti aku mengusap dan merenungi muka-muka mereka buat kesekian kalinya . Sampai di sini dahulu . Sekian .




pssttt.. Yeah , kelas Encik Najmi petang ni ! WEE~
*bengang je Abie kalo dia baca statement cenggini :P



2 comments:

IntanBerlian said...

lama akak tak singgah sini. sihat ke dik =D takcare ye...

Putus Fius said...

aik2..ngumpat gua ek??
hmmm...actually..tadi..gua terserempak dengan lec kesayangan gua..en.amir...(en.najmi pun iye..hahahaha)..sempat juga bergosip2 pasal lu...

he said..lu boleh pergi jauh..dia pun takut bila lu start berbicara..gua cool je sebelah dia..dok usha kot2 ada cili terlekat celah gigi dia..hahaha...gua kata kat 'suami' gua tu...teettt..rahsia..gua taknak gtau lu...nnt lu meletup...^__^

so..bila orang dah tengok lu boleh pergi jauh..lu teruskan okeyh...gua pun kena belajar dengan lu..hehehehe...

p/s:jap..en.najmi jgn curi..itu pun gua punya...prof.ss pun gua punyee...pendek kata..semua gua punya..(tamak!hahaha..)