Sunday, August 1, 2010

Menanti dan memikirkan suatu yang tak pasti bisa bikin perasaan mati berkali-kali .







Ahad . Cuti . Lagi . Klang , rumah sendiri . Mundar-mandir . Susah hati . Bila nak balik ni . Tugasan menanti . Ah mati aku mati . Terus meladeni dan melayani . Rasa resah yang melewati . Buat kesekian kali .






Sejak dahulukala lagi , minda aku telah dimomokkan dengan satu frasa mudah lagi indah , "Penangguhan bakal memusnahkan masa hadapan" . Sedikit menyeramkan di situ . Telah beberapa kali aku mengeksperimentasikan kesedikitan masa yang aku miliki dan berlapangan dada sedangkan banyak tugasan yang menanti .





"Kerja kena hantar bulan depan . Bulan depan la baru buat kan kan . Apa barang semangat-semangat sangat nak buat awal." Hari berganti hari , minggu bertukar minggu , bulan memakan bulan dengan lahapnya , hari yang dinanti akhirnya kunjung tiba . Aku berjaya dengan cemerlangnya gagal mempersiapkan kerja sesempurna sebagaimana yang seharusnya aku laksanakan . Sesungguhnya aku telah memusnahkan masa hadapan aku pada ketika itu apabila aku dengan beraninya mengamalkan polisi penangguhan dalam melaksanakan tugasan .







Dan demi cinta aku berubah . Demi cinta akan masa hadapan aku mengubah apa yang harus aku ubah kerana tiada siapa dapat merubahnya melainkan sekiranya aku dan sang perubahan saling bersatu padu dan berganding bahu .



Aku telah mengubah polisi penangguhan kepada polisi yang lebih sopan . Ya , penangguhan itu sememangnya kurang sopan . Ia bakal mengundang kekelamkabutan dalam kesopanan , keayuan dan kewanitaan seorang yang bergelar aku . Aku benci akan penangguhan .



Namun hari ini , aku telah belajar satu lagi pengajaran penting dalam menjalani penghidupan sebagai seorang pelajar biasa yang cuba menjadi luar biasa dalam beberapa aspek kehidupannya . Aku sedar dengan sedar sesedarnya mengenai hal ini . Dalam kekalutan dan kesibukan menerima pelbagai tanggungjawab dan tugasan , kita bakal mengalami tekanan yang tidak bisa dikawalkan mahupun dielakkan . Tekanan itu sama ada secara jelas mahupun sebaliknya , bakal menjejaskan diri kita melalui beberapa cara .



Satu - Lambakan tugasan akhirnya menjurus diri kita untuk tidak tahu tugasan yang mana satu yang harus dilaksanakan terlebih dahulu .

Dua - Limpahan tanggungjawab boleh mendorong kemurungan dan kesenyapan akibat berlakunya proses mental yang serius sehingga tidak ada ruang kerehatan di minda kerana kita terus mencongak-congak bila agaknya kita bersedia sepenuhnya untuk memulakan kerja .

Penjejasan diri yang ketiga , keempat , keseratus Enam belas , keseribu Lapan dan seterusnya anda boleh fikirkan sendiri barangkali .






Kesemua permasalahan ini akhirnya , bakal menjerumuskan diri anda ke kancah penangguhan . Serius . Tak nak caye sudah . Bukan penangguhan dalam melaksanakan tugasan anda semata-mata . Tapi penangguhan dalam melaksanakan apa jua kerja seperti bertangguh nak makan , bertangguh nak pi tandas , bertangguh nak mandi , bertangguh nak balas SMS , bertangguh nak update belog dan sebagainya . Semua ini adalah disebabkan kesusahan hati yang berada di tahap paling melampau . Jadi segala perasaan yang ada bakal bertangguh secara berterusan dan di luar kawalan anda . Semua ini memang tak tercapai dek akal waras anda . Hanya mereka yang dijangkiti wabak ini sahaja yang bisa memahami apa yang cuba disampaikan ini .



Sesungguhnya , diri ini sememangnya sedang mengalami permasalahan ini . Semoga virus ini tidak menjangkiti anda , para pembaca . Tak baik tangguh-tangguh baca belog Nurika && Pelangi neh . Serius . Memang tak baik .






Akhir kalam , ingatlah kalian bahawasanya penangguhan itu memang satu penyeksaan . Jangan bertangguh dalam melakukan sebarang perkara . Jangan bertangguh meluahkan apa yang anda rasa . Takut insan yang anda sayang dalam diam tetibe dikebas orang akibat penangguhan anda meluahkan perasaan anda . Jangan bertangguh nak mengaku anda memang suka kat belog Nurika && Pelangi ini . Tolong jangan . Entry semakin kelaut . Nurika , jangan bertangguh nak habiskan ayat . Sekian fullstop ! :D






pssttt... Bersedia untuk hari yang penuh kesibukan esok (:
hoh , OGOS dah ke . Sangat WOW lah .
Tak sedar dalam sedar .


4 comments:

Kepala Bergetar said...

sedikit tips barangkali..
plan, utamakan yang penting dulu..

Chaer_ChA-X said...

tajuk entry best

Nurika Jianie said...

OH terima kasih KB . Bermanfaat tu (:

Nurika Jianie said...

thank you my dear chaer (;