Sunday, July 31, 2011

Bila dalam sekelip mata Allah tarik nikmatNya...




26 Julai 2011 - Serasa baru semalam saya bisa berlari berkejaran . Serasa baru sesaat tadi saya lincah bergerak ke sana ke mari . Tetapi , hanya dalam sekelip mata , nikmat berjalan menggunakan kedua belah kaki ditarik begitu sahaja , berjalan menggunakan tongkat tidak semena-mena . Ya , tarikh tersebut.. tarikh yang tidak akan sesekali luput dalam ingatan . Buat sesetengah orang , sekali , dua kali , barang beberapa kali mereka mengalaminya mereka menganggapnya suatu perkara yang biasa , tetapi tidak saya . Ketika kejadian tersebut melanda , terus berkecamuk pemikiran , memikirkan bagaimana keadaan orang yang mengalami apa yang saya alami ini , juga bagaimana yang lebih teruk lagi , meneruskan kehidupan mereka . Dari ruang ilham mana mereka menemukan kekuatan dan ketabahan . Dari ruang suara mana mereka mendapatkan sokongan .
Ketika bermain game Kapten Ball (campuran game bola baling + bola jaring) , saat ingin mendapatkan bola dari Saudara Amin (Ketua Unit Sukan & Cheers) , "kraakkk" kedengaran bunyi aneh dari kaki kiri saya . Dengan motion yang begitu perlahan , saya terduduk , jatuh , dan merasakan kaki kiri saya seakan tidak berfungsi seperti biasa . Bila cubaan untuk berdiri dilakukan , SAH , memang saya tidak mampu berdiri lagi .

Kaki dituam ais , diurut di tepi gelanggang , namun tidak ada tanda-tanda kaki ini sekadar dalam kondisi yang biasa-biasa sahaja . Akhirnya , keputusan untuk menghantar saya ke hospital menjadi ketetapan . Tetapi kehadiran seorang doktor di kolej kediaman segera mematikan keresahan saya yang seolah tidak menemui penghujungan pada ketika itu . Akhirnya , keesokkan harinya saya dibawa ke Klinik UM untuk mendapatkan rawatan yang seterusnya . Selain diberikan sebegitu banyak jenis ubat , saya juga diberikan surat pengecualian dari aktiviti fizikal bagi beberapa ketika sehingga sembuh sepenuhnya .

Hakikat yang tidak dapat saya lupakan , (selain yang disebutkan dalam perenggan pertama) , di situ saya diperlihatkan dengan kejujuran , kesungguhan , kesetiakawanan , kebertanggungjawaban , dan banyak lagi yang dipamerkan oleh insan-insan disekeliling saya . Rakan Pembantu Mahasiswa yang lain , Staf kolej kediaman , Penyelia Kolej Kediaman , rakan sekuliah saya , selain Ibu Abah yang pastinya , tak putus-putus bertanya mengenai kondisi saya . Terima kasih semua kerana telah menjaga saya , memapah saya , melawat saya , menghantarkan makanan saya , bertanyakan khabar saya , membelikan ubat painkiller saya , membawa saya mendapatkan rawatan dan sebagainya . Sesungguhnya , budak 'bajet machoh' ni sangat malu apabila tercedera dalam keadaan sebegitu . Dialog masa saya tercedera "Jangan la kumpul ramai-ramai kat sini , saya malu laa" Sambil tutup-tutup muka . Adeh la .

Masa menaiki tangga semasa hari kejadian . Saya mohon mereka tidak memapah atau mendukung saya lagi , sebaliknya membiarkan saya merangkak (posisi membelakangkan anak tangga) dan naik dari satu anak tangga ke satu anak tangga yang lain dengan kekuatan tangan . Air mata yang cuba ditahan-tahan sebab budak lasak ni semahu-mahunya dilihat kuat dan tidak memberikan beban kepada orang lain . Alhamdulillah , kaki kiri saya pada hari ini semakin hari semakin menunjukkan peningkatan yang memuaskan . Cuma , its getting tougher when it comes to solat time . Harap ia akan bertambah-tambah segera sembuh supaya saya dapat beraktiviti seperti sediakalanya..

Kami , calon Pembantu Mahasiswa baru sahaja tamat mesyuarat saat entri ini dihasilkan . Sebaik sahaja tiba di bilik , telefon bimbit dibelek , GULP ! Banyaknya mesej . Rata-rata kenalan saya mengucapkan selamat berpuasa . Di kesempatan ini , saya NURATEEQA JANI , ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua . Biar lain daripada yang lain ramadan kali ini . Biar membawa makna dan erti tanpa henti . Biar kita semua mendapatkan apa yang seharusnya diusahakan untuk kita dapatkan .

Melalui bulan puasa di Kolej Kediaman buat kesekian kali . Bersama barisan calon Pembantu Mahasiswa dan keluarga kolej kediaman . Lain suasananya , lain perasaanya . Semoga misi kali ini bisa direalisasikan . Mudah-mudahan.. Amin ya rabb...






p.s : Tidak semena-mena ruang rindu ini terlalu sarat buat yang tersayang .
Hati ini terlalu rindu .
Bukan ramadan sahaja yang bakal dilalui tanpa mereka ,
hari ulangtahun kelahiran juga .
Saratnya rasa dalam hati .
Tunggu Ika di sana ya .

6 comments:

Lan Bingka said...

alamak..patah ke?
semoga cepat sembuh ye..
selamat berpuasa! :)

norlina alfan a.k.a salju putih said...

alhamdulillah.. ika bertambah sihat. salam ramadhan buat ika. (^_^)

Nurateeqa Jani said...

Encik Lan , tak.. doktor tulis kt MC tuh.. Muscle Injury.. Sobs.. dalam proses nak sembuh ni..
terima kasih..
Oh ya , selamat berpuasa juga !

Nurateeqa Jani said...

Alhamdulillah..
kuasa Allah..
daripadaNya ia dtg , kepadaNya juga ia kembali...

Salam ramadhan kakak ku syg..

Syahir Chaer said...

Selamat berpuasa buat sahabatku... kuat kan semangat oke... :)

nadzli azlan said...

okayy now terasa lama gilaa tak contact you ! T.T

Btw , mendoakan awak cepat sembuh Cik Nurika Jianie ~