Saturday, July 23, 2011

Jalan-jalan kesesatan tiada berpenghujungan tanpa penunjuk jalan adalah perjalanan sang pejuang mimpi kesendirian .

Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku . Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan . Ya Tuhanku, lapangkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan lidahku agar mereka mengerti perkataanku . Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku , sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana .

Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami . Ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami . Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka . Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia ini dan di akhirat , sesungguhnya kami kembali kepadaMu Tuhanku .



p.s : Rindu akan peluk kasih ibu , peluk tulus guru .
Seakan berpijak pada jalan yang tiada persimpangan dan perhentian ,
juga jalan-jalan yang tak bertanda haluan .

2 comments:

norlina alfan a.k.a salju putih said...

sabar sayang..

hanya yang tabah sahaja diuji..

kerana Allah s.w.t mahu membangkitkan satu kekuatan pada hamba-hambaNya yang dia sendiri tidak ketahui.

ingat teori vygotsky? ZPD? apabila masalah diberikan oleh guru, guru hanya akan memberi panduan, selebihnya pelajar itu sendiri meneroka jalan penyelesaian untuk mereka mengembangkan kebolehan dan potensi mereka. dan guru tersebut mengerti, masalah yang mereka berikan tidak melebihi ZPD.

begitu jugalah dengan Dia yang Maha Mencipta. Dia mendidik kita semua dengan masalah yang masih dalam lingkungan ZPD. bersama dengannya Dia memberikan kita panduan sebagai klu untuk menyelesaikan masalah itu, iaitu al-Quran, assunnah, keluarga, rakan2 dan persekitaran. daripada situ kita cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan sendiri... sehinggalah selesai.

bersyukurlah dengan setiap masalah yang dihadapi sayang. setiap masalah yang datang, tandanya ika akan meneroka potensi diri.. dan ZPD ika akan semakin meningkat.. saban hari.. tanpa ika sedar.

moga terus tabah....

perhatikanlah seluruh alam. petunjuk dan klu dariNya ada di mana2. cuma kadang2 kita sebagai hambaNya yang dhaif terlepas pandang.

daku mendoakanmu dari kejauhan ini..

Nurateeqa Jani said...

tak terdaya nak membalasnya dengan kata-kata.. hanya ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan tak terhingga.. terima kasih banyak kakakku..
sayang akak...