Wednesday, July 6, 2011

"Sayang kamu kerana Allah" .


Setiap kali kali saudari mengirimkan pesanan ringkas buat peringatan, pesanan, kenang-kenangan sepanjang melalui jalan-jalan kehidupan , di akhir bicara saudari pasti bakal diikuti kata-kata sebegini ; “Sayang kamu kerana Allah” dan sesungguhnya sebaris ayat itu diikuti dengan rasa hiba dalam hati . Terharu tak terperi . Tangis mula membasahi pipi . Betapa hebat kuasa sebaris ayat saudari, yang dapat dirasakan terbit dari qolbu sehingga bisa menyentuh nurani. Terima kasih saudari kerana sering mengajak bersama-sama membasahkan hati . Rindu akan saudari dan teman-teman seperjuangan yang lainnya .

No comments: