Thursday, November 1, 2012

Program Jati Diri Mahasiswa Tahun Pertama , Universiti Malaya .


Alumni Program Jati Diri Mahasiswa Tahun Pertama Universiti Malaya pastinya terkenang-kenang memori sepanjang menjalani program ini pada sesi lalu apabila hebahan mengenai program ini untuk sesi semasa mula    dibuat . Saya selaku mantan fasilitator bagi program ini bagi sesi yang lepas , masih lagi teringat detik perkenalan bersama adik-adik tahun pertama di dalam program ini yang baru memulakan perjuangan menuntut ilmu di varsiti tercinta . 

Pastinya sebagai pelajar baru, masih banyak lagi pengetahuan mengenai hal ehwal pengurusan universiti , barisan autoriti tertinggi universiti , aktiviti dan program anjuran universiti , pihak yang bertanggungjawab membantu pelajar di universiti , dan banyak lagi maklumat penting mengenai universiti masih tidak diketahui . Melalui program inilah , peserta dapat mempelajari dan mengetahui banyak perkara seperti maklumat mengenai universiti , cabaran yang bakal dihadapi dan juga cara untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi yang berkaitan dengan akademik , kebajikan , perkhidmatan dan sebagainya .  Di samping itu , aktiviti yang direncanakan sepanjang program ini berlangsung juga , mempunyai intipati khusus untuk membantu peserta mempelajari banyak kemahiran sekali gus mendorong kepada pembentukan diri mahasiswa unggul dan berketrampilan .




Rata-rata peserta program ini memberi maklum balas yang positif . Ramai di antara mereka mempelajari banyak perkara melalui program ini dan berpendapat bahawa program Jati Diri Mahasiswa Tahun Pertama ini , banyak memberi impak kepada mereka dalam meneruskan perjalanan mereka sebagai mahasiswa di Universiti Malaya . Pastinya cabaran menjadi mahasiswa pada hari ini adalah begitu besar . Sebagai seorang mahasiswa , begitu banyak persediaan diri yang diperlukan tidak kira dari aspek pengetahuan dan kemahiran agar setiap cabaran yang mendatang dapat dihadapi dengan penuh rasional dan di atas kapasiti intelektual .




Cukup senang dan berbangga apabila saya melihat ramai di antara Alumni program ini menjadi 'Individu Luar Biasa' di universiti pada hari ini . Ada yang menjadi Pembantu Mahasiswa bagi Minggu Haluan Siswa , menjadi barisan JTK di kolej-kolej kediaman , menjadi calon wakil pelajar yang bertanding di dalam Pilihanraya Kampus yang baru berlalu , dan ada juga yang menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya sesi 2012/2013 . Betapa besar impak program ini ke atas mahasiswa Tahun Pertama Universiti Malaya . 

Pada hari ini (2 November 2012) , bakal berlangsung Program Jati Diri Fasa 1 yang melibatkan mahasiswa tahun pertama dari fakulti Kejuruteraan , Pendidikan , Sains , Sastera & Sains Sosial , yang bertempat di Eagle Ranch , Port Dickson sehingga hari Ahad ini . Semoga peserta program kali ini dapat mengumpul sebanyak pengetahuan yang boleh dan dapat memanfaatkannya sebaik mungkin . Bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar program Jati Diri , anda bolehlah ke kaunter Hal Ehwal Pelajar untuk mendapatkan maklumat lanjut . 











Best Kan ? Apa tunggu lagi . Ayuh sertai ! 
(Gambar Ehsan FB BHEP UM)

Status Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya ;

Bahagian Hal Ehwal Pelajar menawarkan peluang kepada saudara/i untuk mengikuti Program Jati Diri Mahasiswa (Tahun Pertama) Semester 1 Sesi 2012/2013. Peluang ini hanya terbuka kepada semua pelajar Tahun Pertama sahaja. Program tersebut akan dijalankan seperti ketetapan berikut: 
Program : Jati Diri Fasa 1 (F. Kejuruteraan, F. Pendidikan, F. Sains, F. Sastera & Sains Sosial)Tarikh/Hari : 2 hingga
 4 November 2012 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Program : Jati Diri Fasa 2 (F. Alam Bina, F. Ekonomi & Pentadbiran, F. Perubatan, F. Undang-undang)
Tarikh/Hari : 30 November hingga 2 Disember 2012 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat : Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor


Program Jati Diri ini dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan sikap minda positif peserta dalam membangunkan potensi kepimpinan diri, semangat patriotisme, kenegaraan dan membina jati diri sebagai mahasiswa warganegara Malaysia yang mempunyai wawasan, halatuju dan matlamat hidup yang betul, menyokong kemajuan dan kestabilan Negara, serta cintakan agama, bangsa dan negara.

Jesteru itu kepada Mahasiswa/i yang berminat, boleh mendapatkan borang permohonan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar mulai 24 November 2012 (Rabu) dan dikehendaki mengisi borang dan menyerahkannya di kaunter Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Aras 2, Blok E, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya.

õ Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Hairil Zainal atau Cik Siti Rahayu di talian 03-7967 7720.
õ Calon yang berjaya akan dihubungi oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

(Sebarang perubahan akan dinotiskan)

Manfaatkan peluang ini sebaiknya untuk kecemerlangan diri anda dan
Universiti Malaya

No comments: