Saturday, January 11, 2014

AJ & UM Exam Hall.

Peperiksaan pertama yang aku duduki di Dewan Peperiksaan untuk semester kali ini. Pertama kali guna plastik siasatan jenayah untuk dibawa masuk ke dalam Dewan Peperiksaan. Ada beberapa perkara aneh yang aku buat (aku dan keanehan berpisah tiada). 

Satu, parkir kereta sebelah kereta Chua.

Dua, jalan dari kawasan parkir ke dewan dengan Chua sehingga kawan sekuliah usha dari jauh dan siap jerit, "Chua you curang". 

Tiga, sedar yang masih backpain

Empat, pengawas peperiksaan yang nampak sebaya adik aku usha aku waktu aku menembusi pintu peperiksaan. "Hak eleh" aku bisik dalam hati. Sekali tiba-tiba terpandang kat tangan aku, selain plastik forensik, aku bawa nota masuk. "Buat teghuk buat teghuk" aku cakap sambil sengih depan pengawas peperiksaan tadi. 

Lima, aku duduk dengan sopan. Susun pen satu demi satu sambil dengar instruksi di dalam dewan. Aku perhatikan tiada yang duduk sebelah kanan dan depan belakang aku. Aku toleh tengok Azmi di sebelah. Merah padam. Dia orang sedang gigih isi maklumat diri atas kertas peperiksaan. Apa aku buat ni. Salah tempat duduk. Bingkas aku bangun dan buat muka macam Bukhairy. "Apa pandang-pandang, aku kan Pengawas Peperiksaan. Jangan sibuk." Mereka menabung untuk bahan aku.

Enam, Teringat ayat aku kat junior aku satu ketika dulu "Pensyarah biasanya ada yang tiba-tiba tanya pasal pengenalan kursus. Ada yang tanya definisi. Tapi itu lah yang kita tak boleh jawab sebab fokus kat bab belakang belakang" Hamik setepek di wajah aku waktu tu. Soalan intro di Bahagian A, Soalan 1 senang, aku ternganga sambil mencaruti diri.

Tujuh, usha junior kaunseling kat sebelah. Hensem junior aku pakai t-shirt We will bring you smile.

Lapan, usha masa depan dan bakal suami.

Sembilan, Cincin Wak Doyok yang aku pakai patah. Pinggang dah mula sakit macam nak patah juga.

Sepuluh, semua merungut tentang soalan Bahagian B, 20 Markah. "Engkorang, aku yang 10 Markah pun tak boleh jawab korang sibuk pasal yang 20 Markah ye. Bye."

Sebelas, tercampak tengok #AwekUMtakselekeh pakai bulu mata pelesu nak jawab exam. Che Ta kau.



Akhir kalam, selepas baca doa sebelum nak jawab exam tadi aku sempat, "Selamat Hari Lahir Tok Ti!" dalam hati. Perangai apa entah hari ni. Aku nak jadi baik dan sopan macam Noreffeza Halim. Bila lah. Hmm. Chua. 


2 comments:

NonAgge said...

Hahahahahaha..chuaaaa lagiiii chuaaaa lagiiiiiii !! Ikaaaaaaaaaa -_-"

Nuratiqah Jani said...

Jangan marah haha :D