Thursday, January 9, 2014

Backpain.

Suffered. Hampir seminggu. Semalam aku terlelap jam 10.00 malam sebaik sampai ke bilik sebab keletihan satu badan. Bukan senang aku nak tidur seawal tu. Terjaga sekitar 12.15 tengah malam sebab macam hari-hari sebelumnya. Sakit belakang ni. Bisa sampai ke tulang di sekitar bahagian pinggang. Aku gagal kenalpasti punca, yang aku pasti sakit teramatnya. Pelan-pelan aku bangun, turun dari katil. Aku ulang, sakit. Baring, meniarap, duduk, berdiri, serba tak kena. Lepas terjaga tu, langsung tak tidur semula. Aku susah hati jadinya. Dibebel, lalu terus aku memijakkan kaki ke PPUM buat kali yang pertama untuk tahun ini, hari ni. Lepas diperiksa, terima infrared pula. Effe. Tiba-tiba aku teringatkan Effe yang hantarkan aku ke sini tadi. Berlenggang aku tadi lupa bawa hp aku bersama. Laptop kecil dalam beg aku segera buka. Daftar masuk ke Facebook. Rakan yang 'confirm online selalu' aku hantarkan mesej ringkas. 

"Tolong saya hubungi Effe/nombor saya dan mohon Effe datang ke PPUM semula. Kereta dan hp saya tiada dengan saya sekarang. Harap sesiapa yang baca mesej ni dapat hubungi dia segera. Terima kasih" 

Lebih kurang begitu mesej aku. Hantar kepada hampir 20 orang. Tiba-tiba nampak kereta hitam aku dari jauh. Effe membelok ke arah mana-mana dan nampak sangat dia sesat. Sesat di PPUM. Aku tak boleh 'brain' part yang itu. Apa fungsi Amin Che Ani sebagai co-driver pun aku kurang pasti. Yang aku yakin aku kuyup redah hujan, sakit belakang, dan menabung dengan dia orang. Setelah masuk ke dalam kereta, Effe bagi tahu dia tak puas hati apa pasal semua orang call dia macam 'Atiqah Jani' kena culik je. Dia tak puas hati dan nak buat post provokasi, kontroversi, macam Fahmi Zainol idolanya kata dia. Aku sakit, tapi gelak, nak marah pun tak larat, Amin Che Ani di sebelah Effe terus membebel laksana pegawai JPJ yang tak faham apa fungsi dia temankan Effe ni. Lepas telan ubat, aku teringat, peristiwa dengan Chua pagi tadi. Indah sangat. Chua.

No comments: