Tuesday, January 7, 2014

"You look great today"

Kadang-kadang ada sepanjang hari tu kau susah hati, bangun tak semangat, bersiap macam siput, semua rasa serba tak kena. Tiba-tiba terserempak dengan seseorang, dan sebaris ayat dia boleh buat kau seolah disuntik semangat lain macam. "You look great today". "Sorry Dr?" aku menjawab. "You.. Look.. Great.. Today.." Pelan-pelan dia ucapkan kepada aku sekali lagi. "Saje suruh Dr ulang." Sambil menyengih. Berbual, berbalas dua tiga ayat, dia minta izin, aku kembali sambung ulangkaji. Sepanjang masa tu menyengih entah kenapa. Nampak tak macam mana sebaris ayat seseorang tu boleh jadi 'wounded healer'? Ah, tak mudah berada dalam profesion menolong ni. Tapi.. Dr Z salah seorang inspirer. Salah seoarang pensyarah, psychologist yang aku hormat, kagumi dan segani. Aku rindu kelas beliau. 

 Bersama Dr. Z di Universitas Indonesia.
Kelas terakhir bersama Dr Z, aku demam masa ni, ehem.

"Ya, kata-kata juga boleh jadi pembunuh kau tahu?"

No comments: