Wednesday, February 12, 2014

Nur Hidayah Muhamad.

Nama dia jadi tajuk post. Aku cuba membuktikan aku tak lupa dia semasa aku menulis. Aku cuba hargai sesi perbualan dengan dia dalam tempoh satu setengah jam tadi. Aku cuba nak buat nama dia muncul di carian google. Aku nak cuba beritahu dia juga bahawasanya aku ingat ejaan nama penuh dia. Maksud aku, selepas aku rujuk di profil Facebook dia tadi. 

Walaupun sekejap tapi banyak benda bermanfaat aku dapat. Aku sedar tempoh menjalani latihan industri makin dekat. Aku harap aku sedia. Dia juga begitu. Kawan-kawan lain juga begitu. Tenanglah, tenanglah, tenanglah. Jam badan, jam biologi, pulihlah, pulihlah, pulihlah. 

Apa pun, berita yang dia sampaikan tadi, buat hati sedikit rabak, koyak. Aku leka ni. 

No comments: