Wednesday, September 17, 2014

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya 2010 - 2014 .

Fakta Umum mengenai Pelajar Kaunseling UM (batch 2010/2011). 

0. Sebelum UM mewajibkan proses temuduga bagi pengambilan pelajar baharu, pelajar Kaunseling telah sejak sekian lama melalui proses temuduga ini sebelum bergelar pelajar UM.
1. Bila ditanya major apa jawapan yang diberikan lazimnya, (1) Counseling (2) Psychology (3) Counseling Psychology (4) Psycho - Tak pernah dengar lagi.
2. Sering ditanya sama ada boleh membaca pemikiran seseorang.
3. Selalu berhadapan dengan kenyataan seperti "Oh lepas ni jadi cikgu sekolah lah kau?" kerana berada di bawah Fakulti Pendidikan.
4. Kerap menerima respon seperti "Lepas ni bolehlah you kaunseling I."
5. Salah tanggapan seperti "Senangnya kerja dengar masalah orang lepas tu dapat duit" adalah sememangnya salah.
6. Ayat seperti "Budak Kaunseling macam ni?" Sering melukai perasaan kerana pelajar Kaunseling juga adalah manusia biasa.
7. "Awak kan kaunselor, mesti boleh selesai masalah ni lah." Kenyataan semacam ini boleh jadi membantu mahupun sebaliknya.
8. Jangkaan dan pandangan pelajar Kaunseling mengenai jurusan ini jauh berbeza sebelum, semasa dan selepas pengajian.
9. Setiap kali study Abnormal Psychology sering check diri sama ada ciri-ciri yang sepadan dengan diri atau tidak.
10. Ratio pelajar di dalam kuliah batch ini adalah 1:5, pelajar lelaki kepada pelajar perempuan. Namun begitu tidak pernah terjadi sebarang perebutan di dalam kuliah.
11. Kuliah batch ini turut disertai pelajar senior, pelajar antarabangsa dan pelajar pertukaran.
12. Salah seorang senior Kaunseling pernah dilantik menjadi Yang diPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya selama dua tahun berturut-turut dan batch ini merupakan anak didik pertama beliau.
13. Adakalanya tertekan untuk mendapatkan klien bagi menjalani sesi kaunseling. Ya, pelajar Kaunseling juga boleh tertekan. Bantulah mereka yang meminta jasa baik anda untuk merasai pengalaman menjalani sesi kaunseling dan tanpa anda sedari anda sedang dibantu kembali.
14. Markah tinggi di dalam subjek seperti statistik, research method, dan action research tidak dapat menjamin tesis dapat disiapkan dengan segera.
15. Abang Saiful adalah member kamceng pelajar Kaunseling, kalau tak kenal beliau maka mereka bukanlah pelajar Kaunseling yang sejati.
16. Cinta pertama pelajar lelaki batch ini adalah Dr. Lorraine P. Symaco.
17. Cinta pertama pelajar perempuan batch ini adalah En. Najmi.
18. Ada banyak cerita yang disampaikan oleh Pensyarah tak dapat dilupakan seperti kerja goyang kaki dapat duit (menjahit), cerita dengan wajah serius pengalaman tak lepas ujian nak jadi polis sebab tak cukup ketinggian, dan banyak lagi.
19. Pernah berguru dengan Pensyarah berbangsa Tiong Hua yang lebih mesra dipanggil Cikgu yang kecek Kelate di dalam kuliah.
20. Sering ditekankan mengenai disiplin oleh para Pensyarah agar dapat menjadi manusia bertanggungjawab di masa hadapan dengan menggunakan serba sedikit ilmu Behavior Modification seperti didenda menyanyi kalau lambat atau dikunci di luar bilik kuliah. Setelah itu semua menjadi insaf.
21. Ramai yang tidak tahu Fakulti Pendidikan mempunyai makmal yang dipanggil sebagai Makmal Kaunseling yang lengkap dengan Bilik Sesi Kaunseling Individu, Kelompok, CCTV, cermin pemantauan ala-ala di dalam studio/kelas Akademi Fantasia.
22. MP3 Sony/Perakam suara adalah gadjet yang wajib dimiliki seorang pelajar kaunseling. Bukan iPhone 6 harap maklum.
23. Jurusan Kaunseling ini tidak mengehadkan pemilihan kerjaya sebagai pengamal kaunseling sahaja, tetapi ianya lebih bersifat "pasaran terbuka" memandangkan banyak kursus dan subjek yang bermanfaat telah dipelajari untuk membolehkan pelajar kaunseling berada di pelbagai seting.
24. Merindui Allahyarham Ayahanda Kaunseling, YBhg Prof. Dr Suradi Salim yang disegani di dalam dan luar negara. Batch ini adalah batch terakhir yang berpeluang menghadiri kuliah beliau semasa di tahun 1 pengajian.
25. Batch ini juga sering terbangun dengan statement "You're a Big Fat Liar!". Pertama kali mendengarkannya semua takut untuk hadiri kuliah yang seterusnya dan ada juga yang menangis. Namun setelah tamat semua kuliah subjek dengan Pensyarah tersebut, kesemuanya sedih dan ada juga yang menangis kerana rindu.
26. Warna alas selendang bagi jubah konvokesyen pelajar Kaunseling adalah putih suci.
27. 16 Oktober 2014, adalah harinya - setelah dibayar dengan keringat, darah dan air mata.

(Kredit kepada Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya Tahun 2010/2011 yang menyumbang kepada poin fakta umum di atas termasuklah foto-foto umum di dalam post ini.)



No comments: